Orientasi Tahun 1 2023

 Pada hari Sabtu yang lepas 18 Februari 2023, adalah merupakan hari Orientasi untuk semua pelajar Tahun 1 di SK AU Keramat. Ini merupakan pengalaman pertama bagi Farah dan juga Haikal. Suka untuk Farah simpan kenangan ini dalam coretan di sini sebagai satu memori indah untuk dikenang.

Alhamdulillah, dah masuk usia 7 tahun Haikal sekarang. Begitu pantas masa berlalu, macam baru jer melahirkan pada 2016 yang lepas. Pagi-pagi lagi dah excited sangat nak pergi sekolah. Siap bagitahu mama jangan lambat, nanti kena denda. Hahahahaha.




Kami sampai sekolah pun dah ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak masing-masing. Haikal ditempatkan di kelas 1 UKM. Menurut kata Guru Besar sekolah, tahun ni mereka dah mula menggunakan nama-nama IPTA untuk kelas-kelas. Sebelum ini, nama-nama kelas berdasarkan nama planet-planet.

Urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. Nasib baik la cuaca pun cerah jer pada pagi tu. Selesai urusan pendaftaran, ibu bapa dikehendaki berada di dalam dewan untuk sesi taklimat, manakala anak-anak perlu beratur mengikut kelas masing-masing dan akan dibawa ke kelas.




Selesai sesi taklimat untuk ibu bapa, kami perlu menyerahkan dokumen persekolahan anak-anak kepada guru kelas kemudian boleh mengambil buku teks di kelas anak-anak ditempatkan.




Semua urusan berakhir awal sebelum jam 11.00 pagi. Alhamdulillah. So, kita tunggu next episod pulak untuk sesi persekolahan nanti.


Post a Comment

0 Comments