Intermittent Fasting atau lebih dikenali sebagai IF adalah bukan merupakan satu perkara yang baru. Walaupun mungkin baru di Malaysia, tetapi di negara barat, ianya adalah perkara yang dah ramai mengamalkannya. Di Malaysia ni, mungkin ia semakin popular sebab ramai artis dan selebriti yang mengamalkan Intermitten Fasting ini untuk menurunkan berat badan.
Apakah Intermittent Fasting?
Intermittent Fasting sebenarnya bukan satu kaedah 'diet', tetapi lebih kepada satu gaya hidup yang sihat melalui penetapan corak pengambilan makanan. Dalam bahasa yang mudah, Intermittent Fasting ini, kita akan berpuasa untuk satu tempoh masa, dan kita akan makan dalam tempoh masa tertentu.
Tempoh masa untuk berpuasa juga adalah mengikut kesesuaian gaya hidup masing-masing.
Cara Melakukan Diet Intermittent Fasting.
Diet Intermittent Fasting hanya memerlukan pengaturan waktu makan (4 - 16 jam) dan waktu berpuasa (8 - 24 jam) mengikut kesesuaian gaya hidup individu. Bukan itu sahaja, waktu tidur juga boleh dikira sebagai tempoh berpuasa. Ini juga merupakan salah satu sebab Farah meminati konsep Intermittent Fasting kerana ianya mudah diamalkan dan tidak membebankan dengan corak diet yang ketat.
Fasa Berpuasa (Fasting Window)
- Waktu tidur dikira juga dalam tempoh fasa berpuasa.
- Hanya boleh minum air masak/ air kosong, teh hijau (green tea), air kopi atau teh tanpa gula dan susu.
- Sesetengah kaedah ada yang menghadkan pengambilan kalori tidak melebihi 10kcal.
- Tidak dibenarkan mengambil makanan dalam tempoh berpuasa dan lakukan aktiviti harian seperti biasa.
- Mengutamakan pengambilan makanan dan minuman yang sihat dan seimbang.
- Tidak digalakkan mengambil makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula, garam, lemak dan minyak yang tinggi.
- Tidak digalakkan mengambil makanan dan minuman yang diproses dari kilang.
Tempoh Fasa Berpuasa dan Fasa Makan
Tempoh 18:6
Bagi tempoh ini, kita akan berpuasa selama 18 jam dan tempoh untuk makan 6 jam sahaja. Boleh bermula pada bila-bila masa yang kita perlukan. Sebagai contoh, boleh bermula puasa jam 7.00 malam, dan akan berakhir jam 12.00 tengahari keesokkannya. Jika hendak diawalkan tempoh berpuasa pun boleh, dan pastikan ianya berakhir selepas 18 jam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya boleh minum sahaja seperti yang dinyatakan di atas.
Tempoh 16:8
Untuk tempoh ini, kita akan berpuasa 16 jam dan tempoh untuk makan adalah 8 jam. Masa untuk bermula dan berakhir adalah mengikut kepada kesesuaian individu.
Tempoh 14:10
Tempoh yang paling pendek iaitu 14 jam berpuasa dan 10 jam tempoh makan. Sesuai bagi individu yang baru ingin bermula dengan Intermitten Fasting.
Bagaimana Farah Menurunkan Berat Badan Dengan Diet Intermittent Fasting?
Farah mula dapat kesedaran nak turunkan berat badan apabila berat dah mula mencecah ke 77kg. Ya Allah, waktu ni rasa badan bulat dah macam doraemon. Bila amik gambar, dah tentulah tak cantik, sebab nampak gemuk dan akan nampak macam dah berumur. Padahal umur belum lagi cecah angka 4.
![]() |
Gambar ni siap ada double chin lagi. |
![]() Waktu ni memang nampak gemuk sangat. |
Selain mengamalkan cara Intermittent Fasting, Farah juga mengambil makanan secara Suku-Suku Separuh. Di bawah ini adalah contoh gambar-gambar makanan yang Farah ambil sepanjang tempoh tersebut.
Alhamdulillah, selama tempoh setahun Farah mengamalkan Intermittent Fasting, akhirnya berjaya capai berat badan 65kg.
![]() |
Waktu ni bergambar semasa hari raptai konvokesyen kolej |
![]() Baju ni masa beli saiz L, jadi kena la kecikkan sebab nampak besar sangat. |
Sebenarnya lagi seronok jika kita buat bersama-sama dengan kawan. Baru lah rasa lebih bersemangat. Nak tahu lebih lanjut tentang Intermittent Fasting, boleh juga baca di Pengalaman Diet Intermittent Fasting.
3 Comments
Jemput baca dan tinggalkan jejak di sini yea. Tq😘
ReplyDeleteMemang best buat IF kalau nak turunkan berat. Memang berkesan 🥰
ReplyDeleteBetul tu. Sbb kita boleh turunkan berat badan secara santai jer
Delete