Coronavirus di Malaysia - Covid-19



Penularan wabak Coronavirus di Malaysia atau Covid-19 sangat membimbangkan semua pihak. Ianya merupakan isu dunia dan telah diisytiharkan sebagai wabak pandemik oleh WHO.

Apakah Coronavirus?

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19).





Cara-cara Novel Coronavirus 2019 (COVID-19) Boleh Merebak

Cara penularan novel coronavirus COVID-19 daripada individu kepada melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan COVID-19 batuk atau bersin. 

Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. 

Seseorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan titisan. 

Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari 1 meter (3 kaki) dari orang yang sakit. 



Gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19

  •  Demam 
  • Batuk 
  • Sukar Bernafas.

Siapakah golongan berisiko tinggi?

  • Kanak-kanak 
  • Warga emas berusia 65 tahun ke atas 
  • Pesakit dengan penyakit kronik 
  • Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah 
  • Wanita hamil 


Jadi sekiranya anda merupakan golongan yang berisiko, sila berada di rumah dan tidak keluar ke tempat awam yang mempunyai orang ramai.

Bersama-sama kita mencegah jangkitan Covid-19 ini dengan tidak menempatkan diri kita di tempat yang boleh mendatangkan risiko jangkitan

Sumber : KKM

Post a Comment

0 Comments