Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, kerajaan akan mewajibkan peraturan penggunaan kerusi keselamatan bayi (baby car seat) dalam setiap kereta persendirian bermula tahun 2020 seperti yang terdapat dalam artikel https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/391076/wajib-pasang-kerusi-bayi-pada-2020.
Nasib baik la car seat Rayyan masih ada lagi. Hari tu berkira-kira juga untuk menjualnya sebab nak simpan pun memerlukan ruang juga. Kalau ada anak lagi boleh beli yang baru pula nanti. Rupanya hasrat menangguh menjual car seat tu, ada hikmahnya.Bila kerajaan nak mewajibkan penggunaannya, dah tak perlu beli yang baru.
Rayyan pun memang suka duduk atas car seat ni, sebab dia boleh la tengok pemandangan di luar. Kalau tak guna car seat, mesti dia nak berdiri sebab nak tengok di luar tingkap.
Walau bagaimanapun, pasti ada ibu bapa yang akan mengeluh kerana perlu membeli car seat, dengan anak yang ramai dan kereta pula tak muat jika nak letak semua car seat.
Bila kita fikir dari sudut yang positif, ada baiknya peraturan ini di mana kita menitik beratkan aspek keselamatan anak-anak kita sewaktu menaiki kenderaan. Apabila berlaku kemalangan atau ketika menekan break secara mengejut, anak-anak kita tak akan terhumban atau tercampak ke depan. Risiko untuk mendapat kecederaan yang lebih teruk, dapat dikurangkan.
Pemilihan Car Seat Yang Sesuai Untuk Anak Mengikut Peringkat Umur
Di bawah ni terdapat beberapa jenis bagi ibu bapa yang berhasrat untuk membeli car seat, boleh membuat pemilihan car seat yang sesuai untuk anak anda.
Car Seat juga tidak boleh dibeli sembarangan sebab ianya berbeza bagi setiap peringkat umur anak-anak.
Macam Mana Nak Disiplinkan Anak Duduk Di Car Seat?
Ini pasti menjadi salah satu lagi permasalahan yang akan dihadapi oleh ibu bapa, iaitu bagaimana pula untuk disiplinkan anak duduk di car seat. Jika anak masih bayi, pasti tiada masalah dan bayi pula hanya akan menurut sahaja.
Tetapi bila anak dah berumur setahun lebih dan ke atas, pasti ianya akan mengambil masa untuk menjadikan kebiasaan bagi mereka. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa bertegas dan memaksa anak-anak menurut pasti lama-lama akan menjadi satu kebiasaan buat mereka.
Adakah Diwajibkan Penggunaan Car Seat Januari 2020?
Sekiranya pihak kerajaan dapat memberi kelonggaran untuk tidak mewajibkan penggunaan pada Januari 2020, pasti akan disambut baik oleh ibu bapa di luar sana. Januari adalah permulaan sekolah bagi anak-anak. Sudah pasti banyak keperluan dan perbelanjaan sekolah yang telah digunakan. Sekiranya ibu bapa tersebut mempunyai kemampuan kewangan pasti tiada masalah, tetapi sebaliknya pasti menjadi bebanan pula buat mereka.
Di harap perkongsian ini dapat membantu serba sedikit ibu bapa yang sedang membuat pemilihan car seat yang sesuai. Selain dari memilih mengikut peringkat umur, pastikan juga memilih mengikut budget masing-masing😀
1 Comments
Tq Farah share info tentang car seat ni sangat bermanfaat.
ReplyDelete