
Setiap wanita inginkan kulit wajah yang cantik dan cerah. Kulit kusam boleh membuatkan kita mempunyai kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Perasaan ini sebenarnya boleh mempengaruhi kehidupan seseorang terutamanya yang melibatkan perhubungan dengan orang lain. Rasa rendah diri akan membuatkan seseorang wanita sering membandingkan dirinya dengan kecantikan wanita lain.
Kulit wajah yang kusam sebenarnya boleh diatasi dan dirawat kerana ianya bukan bersifat semulajadi. Namun,seseorang itu perlu terlebih dahulu mengenalpasti apakah punca-punca atau faktor yang membawa kepada masalah tersebut.
Antara faktor-faktor yang dapat saya senaraikan di sini adalah seperti berikut:
1) Stress atau tekanan
2) Tidur yang tidak mencukupi
3) Kulit kerap terdedah kepada udara yang tidak sihat seperti asap rokok
4) Kurang minum air kosong
5) Tidak menjaga kulit dengan cara yang betul
6) Pemakanan yang tidak sihat
7) Merokok
8) Tidur tanpa mencuci solekan
9) Kerap terdedah di bawah cahaya matahari
Selain dari faktor-faktor yang dinyatakan di atas terdapat juga beberapa faktor lain yang tidak disebutkan di sini.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi kulit wajah yang kusam.
Bagi memiliki kulit wajah cerah dan tidak kusam, anda disarankan untuk :
1. Meminum air yang cukup iaitu sebanyak 3 litre sehari bagi menjaga kelembapan kulit wajah.
2. Sentiasa bersenam dan kurangkan stress serta tekanan
3. Pengambilan vitamin yang sesuai untuk membantu menaikkan seri wajah dan menjadikan kulit lebih cerah secara semulajadi.
Vitamin C dapat membantu merangsang penghasilan kolagen serta dapat meningkatkan imunisasi badan disamping membantu untuk mencerahkan kulit wajah. Salah satu faedah yang paling penting dalam vitamin C adalah peranannya dalam pengeluaran kolagen, sejenis protein yang mengekalkan keanjalan kulit. Apabila usia semakin tua, kolagen menjadi rosak dan kedut mula terbentuk.
Pengambilan vitamin C yang mencukupi pada kulit akan mengatasi pembentukan kedut dengan meningkatkan pengeluaran kolagen.
Collagen Powder berfungsi sebagai agen anti penuaan selain membantu untuk memberikan kelembapan kepada kulit supaya kulit tidak menjadi kering dan mengelupas. Kolagen adalah satu jenis protein yang terkandung dalam tubuh manusia dan mempunyai peranan untuk mengekalkan ketahanan tubuh.
Tahap kolagen boleh mencapai 30% daripada semua protein yang terkandung di dalam badan.
Kekurangan kolagen akan menjadikan kulit kelihatan kusam. Kolagen boleh meremajakan kulit dari dalam, dengan menghalang kedutan dan melambatkan proses penuaan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu pembaca dan semua orang yang ingin mencerahkan kulit yang kusam.
Jom amal gaya hidup sihat
www.farahzainuddin.com
0 Comments